Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Friday, 22 March 2013 | 07:34 | 0 Atasinchi
Assalamualaikum. Macam mana iman kamu semua hari ni? Harap2 ia makin kuat jangan makin lemah ye .. Okey . Just like my Tittle today.. KEPIMPINAN? ape itu kepimpinan ? semua orang tahu kepimpinan tu mcm kita jadi ketua sesebuah organisasi . Dan kita merupakan orang penting dalam organisasi tu . Betul dah tu . Tak salah p0wn . BUT! wait a minute.. Kepimpinan disisi Islam yg Mulia nie. Merupakan sebuah Tanggungjawab yang sangat besar . dan perkara ini tak bley dijadikan mainan ataupun diperlekehkan.

Tanggungjawab pula merupakan satu Amanah yang diberi kepada seseorang individu. Amanah lagilah pentingnya . Apabila diberi amanah umpama kita telah meletakkan sebelah kaki kita ke jurang api neraka. Menunjukkan bahawa amanah ini BUKANNYA SATU MAINAN.

Ingat tiga ciri orang munafik:

1)APABILA DIA BERKATA DIA BERDUSTA
2)APABILA DIBERI AMANAH DIA MENGKHIANATI
3)APABILA BERJANJI DIA MEMUNGKIRI

Tapi masalah nya mereka2 pada akhir zaman ini banyak yang mengejar pangkat dan nama sahaja. Amanah ? jangan ditanya . Haram pelik 'diorang' buat. Ada setengah yang meminta untuk diberikan jawatan atau pangkat. Tapi ingat JAWATAN ATAU PANGKAT JANGAN DIMINTA ATAU DITOLAK . Jika kita meminta diberi Amanah, Allah tidak akan tolong. Tapi jika kita dapat tanpa diminta atau ditolak Insya-Allah Allah akan bantu.. Habis nak wat mcm mne?

Telah Allah berfirman dalam Kalammullah Nya.. "DIUTUSKAN MANUSIA UNTUK MENJADI KHALIFAH DI DUNIA" #kalau salah mohon dibetulkan. Sejak azali sebelum kita ditiupkan roh pun Allah dah kata kita sebagai "KHALIFAH" . KHALIFAH= PEMIMPIN. Takda bezanya disitu. Tapi sejauh mana kita tau tentang tanggungjawab kita?

Ada setengah pemimpin dalam sesebuah organisasi nie. Tak bley masuk dengan orang bawahan dia . Macam mana tu ? Ingatlah sesungguhnya Ketua itu ibarat seperti Sebatang pokok dan dahan2 nya adalah rakyat ataupun orang bawahannya. Kalau sebatang pokok takde batang , pokok takkan hidup. Begitu juga sebaliknya. Jadi kita perlukan satu sama lain. Manusia itu saling memerlukan. TAKDA MANUSIA BOLEH HIDUP SENDIRI.

Menjadi pemimpin banyak cabaran nya. Jika kita tak wat kerja org kata kita pemalas tapi kalo kita tegas orang akan melabelkan kita dengan pelbagai gelaran. Adakalanya ia akan membuat kan kita putus asa sampai nak letak jawatan. Hei! Jangan nak jadi manja sangat boleh tak? Nabi Muhammad S.A.W. lagi hebat cabarannya menjadi seorang nabi. Ada Baginda putus asa? Ada Baginda letak jawatan? Ada baginda mengeluh? Apa yang baginda buat .? baginda bersabar dan terus bersabar . Sebab Baginda yakin yang Allah ada dengannya. Baginda dibaling batu, taik dan lain2 oleh orang kafir,Nabi tak pernah marah. Baginda memaafkan dan mendoakan lagi mereka2 itu. Itu Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. .

Kita ? baru dapat panggilan sikit dah nk putus asa. Menunjukkan kita disitu sangat lemah. Maybe ade orang cakap "Itu Nabi, kita manusia biasa". Fine! Baginda nabi .. seorang yang maksum#tidak membuat dosa. Masih menjalankan tanggungjawab nya.Baginda yang dah confirm amasuk syurga pun jalankan tugasnya. Kita yang tak tahu syurga or neraka will go pun masih nak lepaskan tanggungjawab ? Sedarlah sikit diri tu .. Allah pilih awaq jadi pemimipin sebab Allah tahu awak bley galas tanggungjawab tu. Allah takkan menguji hambanya dengan sesuatu yang hambanya tak mampu.

 Ingat Allah sentiasa ada bersama hamba2 nya . Allah tak pernah tinggalkan kita. Jadi kalau kita ada masalah , mengadu jelah kat Allah . Pasti dia akan bantu. Cepat atau lambat je. Allah merindukan rintihan dan airmata hambanya untuk Dia.

Pada dasarnya sesuatu itu bermula dari dasar HATI kita sendiri. Yang penting IKHLASKAN NIAT HANYA KERANA ALLAH. INSYA-ALLAH KESENANGAN ADA BERSAMAMU.

"YAKINLAH, ALLAH SENTIASA ADA DENGAN HAMBA-2 NYA YANG SERING MENGINGATI NYA "


-WALLAHUAQLAM...




________________________________________________________________________________________
Friday, 15 March 2013 | 08:55 | 0 Atasinchi
Assalamualaikum.. minggu nie kitorang dah mule Ujian Penilaian 1..Serez cakap tahun nie mencabar sangat sebab nani Sma Candidate tahun nie .. bnyak subjek kne hafal. Bru UP1 rse macam dah nak pecah dah otak nie. Stress dohh menghafal.. Tapi naseb baik boley bawak perlahan-lahan.. minggu depan subjek akademik pulak. Goner plak nak piksa kimia .. Takut lah.. Nak update nie je lah hari nie.. dah tata world nani nak g study plak.. papai ..Assalamualaikum ..











________________________________________________________________________________________
Saturday, 2 February 2013 | 22:56 | 0 Atasinchi
Assalamualaikum. Hai, x tau nak mngarut mende ari nie. Sebenarnya tengah dalam mood yang sngat2 bosan . So harini sementara masih ada masa , sementara line internet masih laju n clear, mood nak mengupdate p0wn muncul dgn tibe-tibe nye. Ok , hari nie nak cerita pasal temasya MASISUPA 2013 . yang berlangsung minggu lepas pada 25/1 hingga 27/1 .

Macam-macam pertandingan yg dipertandingkan. Dari sudut Ilmiah mahupun sukan. Bahas BM, Bahas BI and macam-macam lagi. Masisupa ni disertai oleh sekolah2 agama zon 3 di Pahang. Antaranya ialah , Sma Al Wosto (tempat berlansungnya masisupa zon3 tahun 2013) , Sma Ittifaqiyah Guai, Sma Chenor , Sma Pelangai dan sekolah I . SMA AL-KHAIRIAH. #Tepuk tangan banyak2..

My school dgan jayanya dah memenangi acara keseluruhan Ilmiah dgn men'johan'kan diri di dalam separuh drpd semua acara ilmiah yang dipertandingkan . Tahniah2 kepada semua peserta Ilmiah !! Syabas blake .

Acara sukan p0wn x kuarang hebatnya . Dapat jugak jadi johan kesluruhan. Yang best nya , dalam sejarah team bola jaring dapat menjohankan team mereka selama 4 tahun aq sekolah kat cni . Haha . Alhamdulillah berkat ksungguhan para pemain. Dalam demam2 p0wn masih bermain. Ditambah lagi dgn pemain bola jaring yang paling banyak demam nya. ISHH, iSHH.. Kesian depa. Tapi x pe bersusah2 dulu . Bersenang2 kmudian.

Pagi Ahad tu dlm pkol 12 tgah hari acara kemuncak pulak yang berlansung . Disitu jugaklah . SMA AL-KHAIRIAH dinobatkan sebagai JUARA KESLURUHAN TAHUN 2013 . ALHAMDULILLAH . Tahniah kpd semua kontijen Masisupa untuk tahun nie .

Ha , sampai sini jelah kowt . Dah x larat nak mengarut panjang2. Sesungguhnya saya disini berasa bangga menjadi slah seorang pelajar SMA AL-KHAIRIAH ..





Sekolah ku Yang berjaya .. hehe .. =)

________________________________________________________________________________________
Sunday, 27 January 2013 | 22:48 | 0 Atasinchi
Assalam . Hari ni nak amik mood sedih sikit r . Walaupun baru hepi SMA Al-Khairiah menang Johan keseluruhan masisupa tahun ni . Tapi ada plak berita yang sedih . My Along dlm mekseben kitorang nak pindah esok . So kitorang ade wat gathering together2 at Marry Brown tadi . For the last time with her .Sdeyh sngat tapi kat tmpat awam x ley r nak tangkap leleh kan . Dpt jumpa sekejap p0wn cukup bermakna . Yang bestnyer kitorang wat mb tu mcm tempat kitorang . Kitorang bayangkan takde owg kat situ. HAHA . Jenis muka tak malu blake . Tapi xpe skali skale je bukannye slalu . Tapi ada jugak yang x datang . dua orang ahli mekseben yang x dpt hadir . Diorang ada masalah kowt . HOwever it was fun just now . Aishah n Mahirah rugi lah kamu2 yang x datang .  : P ..haha . Joke je . Hope korang2 yang pindah tu . moge berjaya kat skola bwu n selamat bersekolah asrama. kuang kuang kuang.. bawu korang akan tahu khidupan sbagai seorang plajar asrama . hahaha . padan muka . NO PHONE n NO FACEBOOK . hehe joke je ok. Yang paling penting Jgn lah lupe kome2 yang kat sini nie.  Happy New School . Selamat sesuai kan diri ek .Sdeyh nanti kat khairiah tinggal lagi 7 owg je . :( sblom berakhir terimalah kata2 ini . Moga korang ingat sampai bila . Ukhwah till Jannah .

d SMAKT kite JUMPA,
d SMAKT kite KETAWA,
d SMAKT kite BERDUKA,
dSMAKT  kite BELAJAR,
d SMAKT kite telah menjadi SAHABAT,
d SMAKT kite lpak Bersama,
d SMAKT kite MKN B'SMA,
d SMAKT kite BERJUANG,
d SMAKT kIte BERJAYA,
dan d SMAKT JUGA KITA BERPISAH,
bERPISAH di mata tp BUKAN berpisah HATI,
sEbab kita dah BERJANJI,
SEKALI BERKAWAN SELAMANYE KITA TETAP BERKAWAN.. ITU JANJI KITA !
YA ALLAH PELIHARALAH UKHWAH KAMI INI .

SAYANG KAMOO SUME KERANA ALLAH !

NURUL AQILAH BT NORDIN, NURUL THAQIFAH BT ABD MALEK, TASNIM BT OSMAN,NURFARAH AIN BT SHAHIMI, NOR AISHAH BT AZAINI,NUR MAHIRAH BT MUHAMAD,NUR ALYA RAZIM N NURUL FADHILAH BT ABU SUFIAN.
________________________________________________________________________________________
Monday, 31 December 2012 | 08:00 | 0 Atasinchi
Assalamualaikum .Hari ni adalah tarikh terakhir untuk tahun 2012. Esok dah 2013 . Jangan masuk tandas sebab anda akan keluar pada tahun hadapan . Hahaha, so annoying ! Ingat satu perkara . Masuk tahun baru bermaksud kita makin menjadi tua . Dan the most important is kita semakin menghampiri mati . Ingat lah manusia, Mati akan datang bila2 masa je . Tak kira umur , tak kira waktu . tak pernah lambat sesaat dan tak pernah cepat sesaat . Tazkirah dan peringatan untuk malam nie .

Sebenarnya hari ni nak post pasal tahun baru . Tahun dpan i mean esok , secara official me akn jd remaja yang berumur 16 tahun . And you know what that mean ? I'm getting older n Next year akan jd makin mencabar . I here to announce that 2013 i officially be a SMA candidate .

Banyak perkara nak azamkan tahun nie. Tapi x penah menjadi p0wn . Takpelah atleast you have one . Here is all my list 4 next year .:

1) Ofcourse Nak change attitude..

2) Make sure my parents proud of me.

3) Straight A's for SMA . act SMA pakai mumtaz sufi.

4) Try to get More time for me expend with Him . The only Him .

5) No time to waste about boy.

6) No Idea .

# hope all that can be achieve with my own effort. Especially the number 4.

Satu langkah mendekati Allah Beribu langkah Allah kepada kita :D

Here my promise

"I will make sure that next year will be better than Last year. Insya Allah ."
________________________________________________________________________________________
Sunday, 30 December 2012 | 21:29 | 0 Atasinchi
 Assalamualikum .. hri nie nak post pasal sepupu sye .. comel sngt ..Nme die Muhd Fareed Haraz b. Sakri. malas nak taip lah .. tngok je gambar dia .. Tengah mkn tomato ..



Yg kat blakang tu kakak sye  .. comel x .? jgn ngorat ..hehe .



Ni lah tomato yg sye amik dri dapur kat umah mak long sye .








Hissh susah betul nak gigit tomato nie ..! grrr ..






Waktu ni pulak nak amik gambar .. pandang jelah ..Nk senyum x leyh .



Wahai tomato senangkanlah aq memakan mu ..



Nielah hasil drpd gigitn gigi sye yg kuat ! Gunakanlah ubat gigi jenama Safi .





Hai, nme sye Haraz...!
Sape plak amik sye pnye tomato nie ?? hisshh .. bg balik !



#mood bosan sebenarnya .. enjoy it .. thanx visit .



________________________________________________________________________________________
Tuesday, 25 December 2012 | 23:39 | 0 Atasinchi

Hari ni nak bagitahu sesuatu .. Berysukurlah kpd mereka2 yang bergelar Perempuan, Wanita , Hawa, N lain2. Lagi di dalam Islam . Islam dah menaikkan Kemuliaan wanita ketika zaman Jahiliyah . Tapi Kenapa mereka2 yang bergelar perempuan pada zaman ini dengan begitu mudah merendah kan Maruah mereka ?? i mereka semua tahu betapa tinggi nya Nilai seorang Wanita. Jika anda merendah2 kan Maruah anda semua sebagai wanita , maka sesungguhnya anda tidak layak dudk di zaman ini . Ykni zaman setelah Rasulullah menaikkan martabat Wanita . Betapa hinanya wanita pada zaman jahiliyah sehingga apabila lahir seorang bayi perempuan . Maka bayi itu wajib dibunuh untuk mengelakkan memberi malu kepada keluarga pada masa akan datang . Adakah anda ingin jadi seperti itu ?! Jaga Maruah mu . Peliharalah Auratmu ,Ingat Kecantikan wanita bukan terletak pada wajah nya tapi Pekerti Mulia nya . Sesungguh nya kamu adalah Golongan yang Mulia . Mari kita renungkan sekejap perkara2 yang ditulis di bawah ini . Sama2lah kita memuhasabahkan diri yang telah hanyut bersama2 era moden dan yang penuh degan kelalaian ini .

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim,
 "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.

Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. 
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.


Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat

Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.


Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. 
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.


Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.


Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.



#Jangan takut untuk melakukan perkara yang asing . Seperti Memakai Tudung Labuh atau Memakai stokin diluar .
Ingatlah , 

"Islam itu datang dalam keadaan yang Asing dan Akan kembali dalam keadaan yang Asing . Maka Beruntunglah bagi mereka2 yang Asing ."




Sekadar gambar Hiasan ..


*Saje wat tlisan besar biar sumenye jelas .



PAST


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Hai korang-2. Please jangan malu-2 kat sini kay. jom kite ENJOY! ;)

_______________________________________
◕ Shout Here ◕

Put your cbox code here.

_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google
Re-edit by : Qila