Friday, 22 March 2013 | 07:34 | 0 Atasinchi
Assalamualaikum. Macam mana iman kamu semua hari ni? Harap2 ia makin kuat jangan makin lemah ye .. Okey . Just like my Tittle today.. KEPIMPINAN? ape itu kepimpinan ? semua orang tahu kepimpinan tu mcm kita jadi ketua sesebuah organisasi . Dan kita merupakan orang penting dalam organisasi tu . Betul dah tu . Tak salah p0wn . BUT! wait a minute.. Kepimpinan disisi Islam yg Mulia nie. Merupakan sebuah Tanggungjawab yang sangat besar . dan perkara ini tak bley dijadikan mainan ataupun diperlekehkan.Tanggungjawab pula merupakan satu Amanah yang diberi kepada seseorang individu. Amanah lagilah pentingnya . Apabila diberi amanah umpama kita telah meletakkan sebelah kaki kita ke jurang api neraka. Menunjukkan bahawa amanah ini BUKANNYA SATU MAINAN.
Ingat tiga ciri orang munafik:
1)APABILA DIA BERKATA DIA BERDUSTA
2)APABILA DIBERI AMANAH DIA MENGKHIANATI
3)APABILA BERJANJI DIA MEMUNGKIRI
Tapi masalah nya mereka2 pada akhir zaman ini banyak yang mengejar pangkat dan nama sahaja. Amanah ? jangan ditanya . Haram pelik 'diorang' buat. Ada setengah yang meminta untuk diberikan jawatan atau pangkat. Tapi ingat JAWATAN ATAU PANGKAT JANGAN DIMINTA ATAU DITOLAK . Jika kita meminta diberi Amanah, Allah tidak akan tolong. Tapi jika kita dapat tanpa diminta atau ditolak Insya-Allah Allah akan bantu.. Habis nak wat mcm mne?
Telah Allah berfirman dalam Kalammullah Nya.. "DIUTUSKAN MANUSIA UNTUK MENJADI KHALIFAH DI DUNIA" #kalau salah mohon dibetulkan. Sejak azali sebelum kita ditiupkan roh pun Allah dah kata kita sebagai "KHALIFAH" . KHALIFAH= PEMIMPIN. Takda bezanya disitu. Tapi sejauh mana kita tau tentang tanggungjawab kita?
Ada setengah pemimpin dalam sesebuah organisasi nie. Tak bley masuk dengan orang bawahan dia . Macam mana tu ? Ingatlah sesungguhnya Ketua itu ibarat seperti Sebatang pokok dan dahan2 nya adalah rakyat ataupun orang bawahannya. Kalau sebatang pokok takde batang , pokok takkan hidup. Begitu juga sebaliknya. Jadi kita perlukan satu sama lain. Manusia itu saling memerlukan. TAKDA MANUSIA BOLEH HIDUP SENDIRI.
Menjadi pemimpin banyak cabaran nya. Jika kita tak wat kerja org kata kita pemalas tapi kalo kita tegas orang akan melabelkan kita dengan pelbagai gelaran. Adakalanya ia akan membuat kan kita putus asa sampai nak letak jawatan. Hei! Jangan nak jadi manja sangat boleh tak? Nabi Muhammad S.A.W. lagi hebat cabarannya menjadi seorang nabi. Ada Baginda putus asa? Ada Baginda letak jawatan? Ada baginda mengeluh? Apa yang baginda buat .? baginda bersabar dan terus bersabar . Sebab Baginda yakin yang Allah ada dengannya. Baginda dibaling batu, taik dan lain2 oleh orang kafir,Nabi tak pernah marah. Baginda memaafkan dan mendoakan lagi mereka2 itu. Itu Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. .
Kita ? baru dapat panggilan sikit dah nk putus asa. Menunjukkan kita disitu sangat lemah. Maybe ade orang cakap "Itu Nabi, kita manusia biasa". Fine! Baginda nabi .. seorang yang maksum#tidak membuat dosa. Masih menjalankan tanggungjawab nya.Baginda yang dah confirm amasuk syurga pun jalankan tugasnya. Kita yang tak tahu syurga or neraka will go pun masih nak lepaskan tanggungjawab ? Sedarlah sikit diri tu .. Allah pilih awaq jadi pemimipin sebab Allah tahu awak bley galas tanggungjawab tu. Allah takkan menguji hambanya dengan sesuatu yang hambanya tak mampu.
Ingat Allah sentiasa ada bersama hamba2 nya . Allah tak pernah tinggalkan kita. Jadi kalau kita ada masalah , mengadu jelah kat Allah . Pasti dia akan bantu. Cepat atau lambat je. Allah merindukan rintihan dan airmata hambanya untuk Dia.
Pada dasarnya sesuatu itu bermula dari dasar HATI kita sendiri. Yang penting IKHLASKAN NIAT HANYA KERANA ALLAH. INSYA-ALLAH KESENANGAN ADA BERSAMAMU.
"YAKINLAH, ALLAH SENTIASA ADA DENGAN HAMBA-2 NYA YANG SERING MENGINGATI NYA "
-WALLAHUAQLAM...